Wednesday, February 25, 2009

Ikutilah Cara Rasulullah S.A.W

Rasulullah SAW melarang kita mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan.

1. SUSU DENGAN IKAN..better use santan
2. CUKA NGAN SUSU
3. FRUITS NGAN SUSU..forget those fruity yoghurts!
4. IKAN NGAN DAUN SALAD
5. BAWANG PUTIH NGAN BAWANG MERAH......jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh..bawang besar jika makan continuously for 40 days boleh menyebabkan bintik2 hitam di muka..ala2 severe pigmentations gitu..
6. DAGING SEGAR NGAN DAGING KERING..or fresh fish and dried/salted fish
7. BENDA MASAM eg lemon NGAN BENDA BERASID SEPERTI CUKA
8. BUAH DELIMA NGAN SERUNDING
9. CUKA NGAN NASI
10. TELUR NGAN IKAN

Semua ni kalau diamalkan selalu akan menambah risiko penyakit lumpuh/stroke.

Untuk mengembalikan tenaga, tidur sebentar sebelum zohor.

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT
1. Mandi air suam lepas makan kerana ini adalah lebih bahaya drpd perkara2 di atas
2. Senaman sebelum makan
3 Bersenam atau berjalan lepas makan tengahari..jarakkan at least 1/2 an hour
4. Makan buah lepas makan kerana akan menyebabkan makanan lambat dihadam
5. Meninggalkan makan malam..sabda Rasulullah SAW..untuk awet muda makanlah walaupun sebiji tamar
6. Jangan duduk relax lepas dinner..kena bergerak at least 100 steps
7. Tidur selepas kenyang kerana akan menyebabkan sembelit.

CARA MAKAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW apabila makan akan menggaul makanannya dan meninggalkannya sebentar. Baginda kemudian mencelup jari kelingkingnya dalam garam serta menghisapnya sebelum dan selepas menjamah makanan. Kenapa garam? Selain dari sumber minerals, garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir serta gangguan makhluk halus.Rasulullah mengunyah makanan baginda sebanyak 40kali sebelum menelannya.

CARA MINUM

Jangan minum berdiri walaupun perbuatan tu makruh kerana ia makruh yang menghampiri haram.Juga dilarang minum dari bekas yang besar sambil bernafas kedalamnya kerana nafas kita CO2 bercampur air H2O akan menukarkan sifat air kepada H2CO3..dan menyebabkannya acidic.Atas sebab yang sama juga dilarang meniup minuman yang panas.Cara yang di sarankan oleh Rasulullah ialah minum air seteguk-teguk dan bernafas.

Begitulah lebih kurang amalan Rasulullah yang diturunkan oleh various ustaz for our iktibar..semoga memberi manafaat kepada kita semua.

Sometimes it's not what we eat but how we eat it... LOVE ALWAYS



Tuesday, February 10, 2009

Ingat Mati Melembutkan Jiwa

Artikel ini saya petik dari blog kawan saya Ustaz Zuridan, menarik untuk dikongsi bersama sebagai ingatan kepada kita

Syeikh Said Hawwa rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Menurut al Imamul Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati:

Pertama: Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Kalau boleh mereka tidak mahu lansung ingatkan mati. Kalau ingatpun mereka akan berusaha mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan boleh hidup lama. Atau terlalu bimbang memikirkan bagaimana hartanya akan digunakan oleh anak-anknya nanti. Golongan ini merasa tidak penting ke Masjid kecuali hari Jumaat atau hari raya sahaja. Waktu lain dihabiskan dengan hiburan. Kerja dunia dilaksanakan bersungguh-sungguh dan bermatia-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar sahaja. Soal menutup aurat dianggap terlalu enteng dan remeh.. Amat bencikan alim ulama, para hafiz al-quran dan pendakwah. Golongan ini memang susah untuk dilihat di masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu, tetapi begitu senang melihat mereka di pesta-pesta hiburan dan konsert-konsert nyanyian yang melalaikan.

Kedua: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Imam Ghazali juga telah mengajar kepada kita bagaimanakah cara mengingati mati, antaranya:
1) Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikatul maut akan menjemput kita.
2) Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini.
3) Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, disko, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian.
4) Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian.

Diriwayatkan bahawa seorang alim iaitu Ibnu Mutie, apabila tercetus di dalam hatinya tentang rasa kagum melihat rumah besar dan harta benda, terus sahaja ia menangis dan berkata: “Kalau tiada kematian, aku akan mencintai mu dan gembira sekali dengan rumah besarku. Andai kita tidak memasuki lubang kubur yang sempit, tentu mata kita akan terpesona selalu dengan kemewahan duniawi”.

Berkata pula Kaab r.a: “ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”.

Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata: “Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.

Para pemimpin terdahulu adalah terdiri dari golongan yangs sangat kuat iman dan ketaqwaan mereka. Mereka amat bimbang akan kuasa yang diamanahkan boleh membawa petaka kepada mereka di dalam kubur sekiranya amanah kepimpinan diabaikan atau digunakan sebagai jalan memburu kekayaan. Mereka amat takut jika ada rakyatnya hidup papa kedana sedangkan mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemegahan duniawi.

Sebagai contoh, Khalifah Umar b Abdul Aziz boleh dikatakan saban minggu menjemput para ulamak berhimpun di istananya untuk memberikan tazkirah kepadanya tentang kematian. Setiap ulama diberikan kebebasan menegur dan menyentuh tentang keperitan mati dan azab di alam barzakh. Biasanya majlis itu akan diakhiri dengan tangisan khalifah kerana beliau bimbang dan takut akan azab yang menunggu sekiranya berlaku sebarang kezaliman di dalam pemerintahannya. Hasilnya pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz telah berjaya menegakkan kembali kegemilangan pemerintahan Islam di zamannya meskipun hanya berkuasa selama dua setengah tahun. Setiap hari ada sahaja maksiat yang dihapuskan dan syariat yang ditegakkan. Natijahnya maksiat terus berkurangan manakala syariat Islam dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Imam Sufyan at Thauri rahimahullah pula apabila terdengar ada kematian atau terdengar cerita tentang kepedihan mati, sepanjang hari beliau tidak makan dan tidak berseronok.

Seorang ahli sufi pula telah mengungkapkan sajaknya dengan berkata:
Lihatlah penguasa-penguasa dunia,
Sibuk mengumpul kemewahan segalanya,
Apakah dia boleh lepas dari lilitan benang dan lembaran kain kafan?

Kematian pastinya akan menjenguk kita. Samada kita pemimpin atau rakyat. Kaya atau Miskin. Tua atau muda. Sihat atau sakit. Oleh itu segeralah bertaubat. Bagi yang sering melakukan maksiat seperti minum arak, meninggalkan solat, berzina , rasuah, berjudi dan sebagainya maka tinggalkanlah segera sebelum terlambat. Agar tidak menyesal apabila dimasukkan ke dalam liang lahad kelak.

Keluarga bahagia ukuran kejayaan ibu cemerlang

Artikel ini saya perolehi dari akhbar tempatan yang ditulis oleh Puan Azrina Sobian, saya ingin untuk berkongsi dengan kawan-kawan untuk panduan kita bersama bukan untuk mengutuk sesiapa tetapi sekadar untuk kita muhasabah diri kita dan dijadikan renungan bersama



Tanggungjawab wanita didik anak jadi insan berguna, beri khidmat kepada masyarakat ISLAM meletakkan wanita pada kedudukan mulia, terutama apabila mereka menjadi seorang ibu, mulianya taraf ibu dalam Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran dan hadis, banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima ke syurga diletakkan di telapak kaki ibu.
Namun, ibu yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai mulia? Adakah setiap wanita yang bergelar ibu, adalah ‘ibu’ yang dimaksudkan? Atau, pada ketika manakah, ibu itu benar-benar bergelar seorang ‘ibu’? Saat awal seorang wanita bergelar ibu adalah ketika beliau melahirkan anaknya. Namun, adakah dengan hanya melahirkan anak, seorang wanita benar-benar layak bergelar ibu? Pastinya, ramai yang akan menjawab alam keibuan itu tidak akan lengkap dengan hanya melahirkan anak ke dunia tetapi lebih penting untuk memberikan anak jaminan kasih-sayang dan keselamatan, sentuhan, perhatian, jagaan serta pendidikan. Oleh itu, apabila semua tuntutan ini lengkap, wanita sah bergelar seorang ibu.
Dengan jawapan diberi itu, maka lihat pula keadaan dunia kini. Anak kita kini dijaga oleh ibunya atau lebih banyak dijaga pembantu atau penjaga? Masa seorang ibu lebih banyak di rumah atau di luar, bekerja serta berpersatuan? Pendidikan anak dipikul guru atau ibu mereka atau ibu kini hanya sekadar bertanya sama ada anak sudah selesai kerja sekolahnya? Persoalan dipaparkan itu sebenarnya membawa kepada satu persoalan penting iaitu sama ada ibu pernah terfikir adakah diri mereka sudah menjadi ibu sebenarnya terhadap anak? Penulis pasti, tidak ramai ibu yang pernah atau benar-benar memikirkan keadaan ini. Kesibukan hidup seharian kadang-kala tidak memungkinkan kita memikirkan perkara ini. Malah dalam banyak keadaan, orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan tidak perlu difikirkan. Namun, dalam dunia serba maju dan sibuk kini, penulis tetap yakin kadang-kala kita perlu menanyakan soalan itu. Ini adalah satu bentuk muhasabah diri. Dengan kata lain, ibu menilai diri mereka sendiri demi untuk mengubah sesuatu yang silap dan merancang sesuatu lebih baik. Misalnya, jika memikirkan diri terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluarga, maka berubahlah. Rancangkan sesuatu kegiatan yang boleh diamalkan bersama keluarga. Lanjutan dari ini tetapkan azam untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga.
Sebenarnya, tidaklah salah untuk seorang ibu menjadi sibuk. Mereka boleh saja sibuk dalam urusan rumah tangga mahupun pekerjaan. Namun, apa yang menimbulkan kesedihan ialah apabila kesibukan ibu adalah satu kesibukan yang dicipta semata-mata. Misalnya, mementingkan pertemuan dalam persatuan di hujung minggu sedangkan masa itu sepatutnya diperuntukkan untuk anak. Berjam di pusat rawatan kecantikan sedangkan anak dibiar berlari dan menjerit-jerit dikejar pembantu rumah. Kita yakin, setiap wanita yang bergelar ibu ada cara yang tersendiri untuk membawa watak mereka itu. Ada yang lebih selesa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang luar. Ramai juga ibu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga. Kedua-dua keadaan ini tidak ada salahnya. Apa yang salah adalah apabila kita menganggap kita terlalu memberikan tumpuan kepada perkara lain sehingga keluarga terabai. Sebenarnya, sering kali orang berkata penting keluarga dalam hidup mereka tetapi dalam keadaan sebenarnya, apa pula amalan kita untuk membuktikan perkara itu. Misalnya, bagi seorang ibu, anak sangat penting. Malah jika ditanya maka ramai yang akan berkata mereka sanggup melakukan apa saja untuk kesejahteraan anak. Namun dalam keadaan sebenar, selalunya berbeza. Jika dipanggil untuk menghadiri pertemuan guru dan ibu bapa, berapa ramaikah ibu bapa yang turut serta? Jika anak menunjukkan hasil lukisan mereka di sekolah, berapa ramaikah ibu bapa yang benar-benar memerhatikan lukisan yang ditunjukkan itu? Sering kali kita terjerat di dalam perangkap kesibukan dalam hidup. Apabila ditanya, ramai yang akan berkata terlalu sibuk dengan kerja atau kegiatan yang lain hingga tidak dapat membawa anak bercuti atau menghadiri kegiatan anak di sekolah. Begitu mudah kita meletakkan kesalahan kepada kesibukan hidup. Ini mengingatkan penulis nasihat keluarga manusia yang harus mengurus masa dan bukan sebaliknya. Maka jelas terbukti melahirkan anak bukan satu syarat utama untuk bergelar ibu. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan wanita layak memegang gelaran itu. Namun, jika dilihat dalam dunia kita, ramai pula ‘ibu’ yang terlupa akan hakikat ini. Ini adalah usaha saling mengingatkan akan hakikat tanggungjawab seorang ibu. Hakikatnya, tanggungjawab utama wanita adalah kepada keluarga. Apa-apa yang diamalkan dalam hidup, misalnya bekerja, seharusnya dikaitkan dengan keluarganya. Malah kejayaannya di dunia dan di akhirat juga akan diukur dari sudut ini dan bukannya semata-mata kejayaan sebagai pekerja terbaik atau ahli persatuan paling setia. Apa yang pasti, setiap keistimewaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, keistimewaan yang diberikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu juga datang dengan tanggungjawab tertentu. Sebagai perbandingan, lihat saja sekeliling kita. Seorang ketua pengarah, mendapat kedudukan jawatan tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin orang bawahannya. Sama dengan wanita. Keistimewaan yang dianugerahkan kepada mereka bukan sekadar mengiktiraf kedudukan mulia mereka tetapi lebih penting lagi keistimewaan itu datang dengan tugas yang besar, iaitu mendidik anak menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam masyarakat. Kisah Sayyidati Fatimah, anakanda Rasulullah. Suatu hari Fatimah berjumpa dengan Rasulullah SAW meminta seorang pelayan dari hasil tawanan perang. Hasratnya, pelayan itu dapat membantunya dalam urusan rumah tangga. Namun Rasulullah menolak permintaan itu dan kemudian mengajar Fatimah beberapa potong doa dan menyuruhnya supaya meminta tolong kepada Allah untuk mengurus rumah tangga, mendidik anak serta melayani suami. Dalam pada itu, Rasulullah SAW memberi nasihat, “Hai Fatimah, sabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang memberi manfaat kepada keluarganya”. Oleh itu, sedarlah ibu ukuran kejayaan seorang ibu bukan semata-mata kejayaan dalam kerjaya, pendidikan atau kedudukan dalam masyarakat tetapi yang lebih penting adalah kejayaan ibu dalam membina keluarga bahagia.

Thursday, November 20, 2008

Apa itu Ikhlas ?

Allah Swt berfirman :“Al-Ikhlas itu adalah salah satu dari rahasia-rahasia-Ku,yang telah Aku titipkan ke dalam hatiorang yang Aku cintai dari hamba-hamba-Ku.”(Hadits Qudsi, Bihar al-Anwar 70 : 249)



Menurut bahasa, kata ikhlash berasal dari akar kata : kha

lasha – yakhlushu – khulushan – khalashan, yang artinya : murni, atau tidak bercampur (dengan unsur lainnya). Dari akar kata ini banyak makna lainnya di antaranya : bersih, jernih, khusus, menyendiri, yang dipilih, sampai, lepas, bebas, terhindar, selamat, memisahkan, habis, mencintai, tulus, membalas, selesai, inti, sari, jalan keluar, penolong, dan jujur. 16]


Keikhlasan adalah anugerah misterius yang dikaruniakan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang berhati suci, dan selalu meningkatkan dan memperdalam iman serta penghambaannya. 17]
Di dalam irfan atau tasawwuf, ikhlas memiliki istilah tersendiri. Khwajah Abdullah al-Anshari qs mengatakan, ”Arti ikhlas adalah membersihkan perbuatan dari segala ketidakmurnian” Dan ketidakmurnian di sini adalah ketidakmurnian umum, termasuk apa yang timbul dari keinginan untuk menyenangkan diri sendiri dan makhluk lain.” 18]


Ikhlash juga berarti : membebaskan perbuatan dari selain Tuhan yang berperan dalam perbuatan tersebut, atau suatu motivasi perbuatan yang tidak menginginkan balasan dunia mau pun akhirat. 19]


Penulis Gharaib al-Bayan menyebutkan bahwa : orang ikhlas itu adalah orang yang beribadah kepada Allah sedemikian rupa sehingga tidak memperhatikan kalau dirinya itu sedang beribadah, juga tidak memperhatikan dunia atau penghuninya, juga tidak melebihi batas-batas hamba dalam melihat Tuhan.


Syaikh al-Muhaqqiq Muhyiddin Ibn al-‘Arabi mengatakan, ”Bagi Allah-lah kesetiaan yang tulus, yang bersih dari semua noda dan egoisme. Dan kamu harus sepenuhnya sirna (fana) dalam Dia agar Dia tersambung dengan esensi, perbuatan dan agamamu. Selama kesetiaan belum disucikan secara hakiki, kesetiaan itu bukanlah untuk Allah.” 20]


Ibadah orang-orang yang tulus merupakan jejak manifestasi (tajaliyyat) Sang Kekasih, dan yang senantiasa ada di hatinya hanyalah Zat Allah.


Imam Ali as mengatakan, “Beruntunglah orang yang telah memurnikan (akhlash) penghambaan dan do’anya hanya kepada Allah dan hatinya tidak disibukkan oleh apa-apa yang dilihat matanya, dan ia tidak lupa dari berzikir kepada Allah karena apa-apa yang didengar telinganya, dan hatinya tidak sedih karena karunia yang diberikan kepada selain dirinya.” 21]
Rasulullah saww bersabda, “Semua orang yang berilmu itu (al-‘ulama) celaka kecuali yang beramal dan semua orang yang beramal itu celaka kecuali orang yang ikhlas dan orang ikhlas itu senantiasa dalam kekhawatiran.” 22]

Manusia tidak pernah aman dari kejahatan setan dan egonya sampai akhir hayatnya. Dia tidak boleh membayangkan bahwa setelah ia berbuat ikhlas semata-mata demi Allah tanpa adanya keinginan untuk menyenangkan makhluk, kemurniann perbuatannya akan selalu aman dari kejahatan godaan setan, lintasan-lintasan ego dan hawa nafsu.

Jika ia tidak senantiasa waspada, niscaya suatu waktu ia akan tergelincir ke dalam bentuk riya atau ‘ujub yang sedemikian halus sehingga ia tidak menyadarinya. Sebentar saja manusia lalai, maka kendali egonya pun akan terlepas dan menyeretnya kepada perbuatan buruk dan tercela.
“Sesungguhnya nafs (ego) manusia itu senantiasa mengajak kepada kejahatan, kecuali kalau Tuhan mengasihi” (QS 12 : 53)

HAKIKAT IKHLAS


Rasulullah saww bersabda, ”Setiap kebenaran itu ada hakikatnya dan tidaklah seorang hamba dapat mencapai hakikat keikhlasan sampai ia merasa tidak suka dipuji atas amal (ibadah) yang ditujukannya kepada Allah.” 23]

Imam Ali as berkata, ”Barangsiapa yang tidak bertentangan apa yang ada dalam hatinya dengan apa yang ia nyatakan, dan tidak bertentangan pula perbuatan dan perkataannya, maka sungguh ia telah menunaikan amanah dan telah memurnikan (akhlas) penghambaannya.” 24]

Amal yang bernilai dalam pandangan Allah adalah amal yang dilakukan semata-mata untuk ‘menyenangkan’-Nya, betapa pun kecilnya amal itu. Amal sedikit yang dilakukan dengan ikhlas lebih disukai-Nya ketimbang banyak tetapi tidak ikhlas.
Rasulullah saww bersabda, ”Ikhlas-kanlah hatimu, niscaya mencukupimu walau dengan sedikit amal.” 25]

Amal perbuatan merupakan gambaran yang tidak hidup, namun keikhlasan di dalamnya memberikan ruh kehidupan padanya. 26]

Secara lahiriah, shalat Ali bin Abi Thalib as tidak berbeda dengan shalat orang-orang munafik. Namun secara batini, shalat Ali bin Abi Thalib memiliki nilai spiritual tertinggi yang mampu mengangkat ruhnya terbang ke langit, bermi’raj menghadap Tuhan.

Orang yang hatinya dibangkitkan oleh keikhlasan tidak peduli apakah orang lain akan mencela atau menyanjung amalnya atau tidak. Ia benar-benar tidak peduli bahkan apakah amal ibadahnya itu akan diberikan ganjaran atau tidak.

Perhatian orang yang ikhlas tidak pernah berubah, baik ia berada dalam keadaan susah mau pun senang. Hatinya hanya tertuju kepada Sang Kekasih, tidak kepada yang lain.

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan (mukhlishina) ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus.” (QS 98 : 5)

Mereka tidak diperintahkan kecuali untuk beribadah. Namun ibadah yang dicelup dengan warna ikhlas. Orang yang memberikan tempat kedua bagi Tuhan dalam hatinya sebenarnya ia tidak memberikan tempat sama sekali bagi Tuhan. 27]

Jika amal dan keikhlasan kita umpamakan sebagai sepasang sayap, maka takkan mungkin kita dapat terbang tanpa sepasang sayap. Rumi mengatakan :

Engkau mesti ikhlas dalam beramal,
agar Tuhan Yang Maha Agung menerimanya.
ikhlash adalah sayap amal ibadah,
tanpa sayap, bagaimana engkau dapat
terbang ke tempat bahagia?

Laa hawla wa laa quwwata illa billah.

Wednesday, November 12, 2008

Rahsia Mendidik Anak

Saya dapat maklumat ni dari blog kawan saya iaitu Ust Zuridan yang sekarang bekerja sebagai pensyarah di UMP. Sama-samalah kita berkongsi tips ni ye..

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah tips yang diberikan oleh Hajjah Anis atau Ibu Anis dalam mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Semua 7 orang anaknya menjadi doktor perubatan dan 3 orang darinya menjadi doktor pakar. Antara rahsia mendidik anak yang diberikan ialah:

1. Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya.
2. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.
3. Makan berjamaah bersama anak-anak.
4. Ajar solat ketika masih kecil.
5. Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.
6. Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.
7. Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
8. Tanya masalah mereka selalu.
9. Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.
10. Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.
11. Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.
12. Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat "Alam Nasyrah" untuk lapangkan dada.
13. Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.
14. Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
15. Makan cokelat.
16. Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar. Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.

Ahli panel juga menjelaskan tentangnya wujudnya ibubapa yang membiarkan anak-anak dididik oleh pembantu rumah hinggakan mereka lebih rapat dengan pembantu rumah dari ibubapa sendiri. Beliau juga menegaskan bagaimana fenomena sekarang di mana ibubapa membiarkan anak-anak menonton tv dengan bebas terutama rancangan Astro yang jelas banyak merosakkan minda anak-anak (eloknya setiap rumah muslim tiada Astro kerana ia jelas mengganggu pembelajaran anak-anak) dengan budaya hidonisme sonsang yang pasti merosakkan sahsiah anak-anak.

Semoga Allah Taala membantu kita mentarbiah anak-anak kita. Tak dapat jadi doktorpun biarlah jadi anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat.

Monday, November 10, 2008

Ciri-ciri Sahabat Menuju Islam

“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian..’

ALLAH S.W.T mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah S.W.T mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah s.a.w yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

src : http://www.pmh-uitm.org/pmh/

Petua Khusyuk Solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

src : http://www.raudhah.com/